Masam manis vanilla cupcake recipe

Masam manis vanilla cupcake recipe

Cuaca sekarang hari2 panas terik kan. kadang2 cuaca yg panas ni buatkan kita rasa letih dan mengantuk aje kan??
Semalam satu hari ita tak dapat bersiaran. Rindu rasanyer pada kawan2 satu hari tak berblog terasa berbulan2 lamanyer. tapi semalam mmg kesihatan tak mengizinkan. satu hari ita kena sakit kepala. Berdenyut2 macam nak pecah rasanyer. Mungkin ita salah makan kot. maklumlah musim orang buat kenduri ni. banyak sangat makan nasi minyak pulak bila termakan daging kambing mmg dia terus menangkap kat kepala ni.


Ita mmg kalah kalau makan nasi minyak atau nasi beriani sebab mmg selalu akan sakit kepala. Sebab kalau kat kenduri khawin mereka masak gunakan minyak sapi. Ita kalau masak nasi beriani atau nasi minyak sendiri kat rumah ita akan tukar minyak sapi dgn essential olive oil dan tambah sedikit magerin, sebab mmg tak boleh makan minyak sapi. Ini lah akibatnyer kalau melangar pantang. haha satu hari tak boleh nak buat apa dok menahan bisa kepala yg tak berhenti berdenyut, pulak dgn cuaca yg panas terik lagi lah bertambah2 sakit kepala ni.


Macam mana sambutan Hari Ibu semalam. tentu seronok gi makan2 dgn family. Pulak bila bersama ibu tersayang lagi lah bertambah nikmat dunia ni terasa kan. Ita sambut biasa aje, anak2 pun tak ada. tak seronok nak sambut beria-ia sangat. kesian kat diaorg. bukan apa anak2 ita ni selalu skodeng blog mak dia ni. dia tau lah mak dia buat apa kat rumah ni. tu yg tak sampai hati kalau nak masak yg mmg makanan fav anak2. Nanti dia dok telan air liur aje. hehe Alhamdulillah anak2 sempat talipon dan ucapkan Selamat Hari Ibu kat ita. rasa terharu bila diri ini diingati. harap2 biarlah anak2 sematkan kasih dan sayang ita pada mereka sedalam-dalamnyer. Ita hanya ingin mereka tau! kasih dan sayang ita pada mereka tiada bernoktah.


Semalam dalam sakit kepala ni ita dok melayan anak dara ita yg sibuk nak buat cup cake! Ita pun ambil kesempatan untuk buatkan mak ita juga. kali ni ita gunakan resepi oreo cake yg ita ambil dari dapur Rima. Buat pun lebih kurang aje kerana kepala mmg senoning. toing! toing! Ni pun ita masih belum berkesempatan tuk kirimkan pada mak ita. Ialah bila Hari Ibu ni mak ita busy sikit. banyak dapat jemputan. org sana jemput. orang sini jemput. jadi biarlah adik2 ita dok layan mak dulu. ita kemudian2 pun tak apa. yg penting ingatan ita pada mak yg tak pernah hilang. walau apa jua halangan dan rintangan. ita tau kasih dan sayang mak pada ita. Ita juga bersyukur punya seorang mak yg sangat menyayangi diri ini. walau susah atau senang. Selamat Hari Ibu Mak.

Ingredients
250g butter ( I personally use Anchor)
1 cup sugar
2 cups self rising flour - sift
1 teaspoon baking powder sift
4 eggs
1 teaspoon vanilla essence

10 oreos crushed (using the cream)

Method
Whisk butter, sugar, self raising flour, baking powder, eggs and vanilla essence for just two mins. dont overbeat ok..
Stir in ur crushed oreos and thats it..
Pipe batter into cupcakes casing
Baked in preheated oven of 170C for abt 10 to 15mins


OREO CUP CAKE
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus

Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama ten to fifteen minit atau sehingga masak.

200 gm krimwell

Go back