Resepi ayam goreng kunyit yang simple dan sedap. Sesuai dihidangkan bersama sambal belacan, pasti lazat sekali
Ditulis oleh. Che' Nom Masa: Penyediaan: 10 minit Memasak: 10 minit Keseluruhan: 20 minit Jumlah Hidangan : 2 orang
Bahan-Bahan:
- 300g ayam, bahagian dada
- 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 2 senduk minyak masak
- 1 biji bawang besar, hiris nipis
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 biji bawang merah, hiris nipis
- 1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:
- Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
- Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
- Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.
Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.
Garis panduan ukuran cawan dan sudu di iResipi.com