Recipe biskut ringkas tapi sedap sangat

Recipe biskut ringkas tapi sedap sangat

Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini di SINI. saya kongsikan resepi Kuih Bakar Istimewa yang paling sedap pernah saya nikmati seumur hidup. Oops ter over ke? Hahaha selera dan citarasa masing masing kan? Tapi apa apa pun, inilah kuih yang saya ingati sekian lama dek keenakannya yang menambat selera saya suatu ketika dulu. Kuih yang telah lebih 20 tahun saya idamkan. Walaupun, kuih bakar kali ini, bukan hasil tangan Kak Sharifah Lok tapi ianya adalah resepi original yang diberikan Kak Lok pada saya, siap dengan cara penyediaan yang detail. Kuih bakar resepi Kak Lok ini saya namakan sebagai Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen untuk memudahkan rujukan saya sendiri. Yang pasti, resepi ini akan menjadi "a keeper recipe" untuk saya dalam menyediakan kuih bakar dan diharap anak anak saya juga akan menggunakannya di masa masa depan.

Memang patut lah kuihnya sedap kerana ianya dihasilkan dengan teliti dan menggunakan bahan yang asli. Kata Kak Lok, mesti guna santan pekat yang diperah sendiri. Mesti juga gunakan daun pandan yang banyak untuk menghasilkan kuih yang berbau harum wangi. Mesti dibakar dengan lama. Haa ada lagi petua. Santan mesti diperah dan ditapis dan tapis lagi sekali sebelum dituang ke dalam adunan telur. Adunan juga perlu ditapis sebelum dimasukkan ke dalam loyang supaya tiada adunan bergentel. Jadi kalau ada yang nak guna resepi ini, janganlah cuba nak derhaka ya.

Penyediaan kuih tradisional ini tidaklah susah mana. Sekejap sahaja penyediaannya dan sesuai untuk dihidang sebagai sarapan pagi atau sebagai hidangan petang. Kuih ini sangat sedap dengan rasa lemak, manis dan masin. Pendek kata sangat sesuai dengan selera saya yang memang gemarkan kuih tradisional berbanding kuih moden.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini. Semoga Kak Lok diberikan ganjaran pahala yang banyak dari perkongsian ilmu yang pastinya akan kekal bertahun tahun hatta beratus tahun sekali pun.

Asaalamualiikum Azie..suka saya melawat ke sini..setelah kehilangan bonda tercinta 9 bulan yg lalu..dan setelah tidak membakar sejak setahun yg lalu..hari ini aromanya menusuk ke medan selera. Resepi ini sama dgn resepi bonda saya..kuih bakar yg saya harus memasaknya setiap malam sejak dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6 untuk berjualan..sebelum kepergiannya bonda selalu berpesan supaya resepi kuih muihnya ditulis supaya tidak lupa bila dia tiada..kami menidakkannya..skrg harapkan resepinya tersimpan dlm kotak ingatan. Semiga blog ini terus beroperasi

Assalamualaiku
..kak azie, guna api bawah sahaja kan?

Assalammualaikum..kak azie,sy selalu cuba resepi dr blog also known as..mmg menjadi n sedap..halalkan kak ea..lpas ni sy nk cuba wt kuih bakar febret abh untk hari raya thun ni..hrap2 mjadi.

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.

Go back